Kertas kerja program kerjaya6/9/2023 Dengan itu, dapat dirumuskan bahawa penawaran program ISMP dengan Kepujian ini adalah memenuhi keperluan organisasi kerajaan dan swasta. Ini menjelaskan bahawa responden kajian ini mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap kualiti program yang ditawarkan serta peluang kerjaya apabila mengikuti program ISMP di UUM. Justeru, 73% responden menyatakan mereka memberi galakan kepada kakitangan untuk melanjutkan pengajian di peringkat ISMP berdasarkan struktur program yang ditawarkan. Dapatan juga menunjukkan majoriti responden menyatakan kandungan program ini adalah sesuai dengan bidang pendidikan dan dapat memberi peluang kerjaya kepada graduan yang bakal dihasilkan. Dapatan kajian menunjukkan 87% responden berpendapat bahawa program ISMP dengan Kepujian adalah sesuai dengan organisasi mereka. Soal selidik ini terbahagi kepada empat dimensi utama iaitu Kesesuaian dengan Organisasi, Kesesuaian Kandungan Program, Peluang kerjaya dan Penajaan dan kesesuaian program melahirkan graduan yang diperlukan. Instrumen kajian ini adalah soal selidik yang telah disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Sampel kajian ini adalah 90 orang ketua jabatan di institusi pendidikan kerajaan dan swasta yang dipilih secara rawak. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan untuk memperoleh data. Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas dari pelbagai organisasi tentang program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) dengan kepujian.
0 Comments
Leave a Reply. |